PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

KUNJUNGAN HORMAT JAS BERSAMA JPN KE PEJABAT YB EXCO ALAM SEKITAR TERENGGANU -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 16/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT JAS BERSAMA JPN KE PEJABAT YB EXCO ALAM SEKITAR TERENGGANU -JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
16/01/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 4 Januari 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bersama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Sesi kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara dan isu-isu yang berkaitan dengan program kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang melibatkan semua peringkat masyarakat di negeri ini. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan pemantapan Program Sekolah Lestari- Anugerah  Alam Sekitar (SLAAS) dan juga  program pengurusan dan pengumpulan bahan buangan elektrik dan elektronik  (e-wsate) di peringkat pihak berkuasa tempatan. JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama, sokongan dan komitmen Yang Berhormat dalam melestarikan alam sekitar di negeri ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan