Penerangan
Tarikh : 08/01/2022
Kejohanan Futsal Tertutup Jabatan Alam Sekitar (JAS) Anjuran Kelab Kebajikan Dan Sukan Alam Sekitar (KESAS)
Satu kejohanan futsal telah dianjurkan oleh KESAS pada 8 Januari 2022 bertempat di Galaxy Futsal Bangi.
Kejohanan futsal ini telah dirasmikan oleh YBrs. En. Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar. Turut hadir sama YBrs. Pn. Siti Zaleha Binti Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang juga Penasihat KESAS, serta pegawai-pegawai JAS.
Kejohanan ini disertai oleh 5 pasukan dengan keputusan kejohanan seperti berikut:-
1. Johan - JAS Ibu Pejabat, Putrajaya;
2. Naib Johan - JAS Negeri Sembilan;
3. Tempat ke-3 - JAS Selangor Rosso;
4. Tempat ke-4 - JAS Selangor Giallo; dan
5. Tempat ke-5 - JAS WP Kuala Lumpur.
Semoga aktiviti ini dapat membentuk warga JAS yang aktif bersukan dan meningkatkan lagi semangat berpasukan.