Penerangan
?? MESYUARAT PERSEDIAAN SEMPENA LAWATAN HYOSUNG ADVANCE MATERIALS CORPORATION MENGENAI CADANGAN PLAN PERNIAGAAN DI SABAH ??
??? Tarikh: 12 Januari 2022 (Rabu)
?? Masa: 11.00 - 12.05 Tengahari
?? Tempat: Secara Atas Talian (Zoom Meeting)
??????? Pengerusi: YBrs. Tuan SUT MID
??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM (Unit EIA & IP)
?? Agenda Mesyuarat:
??Perutusan Pengerusi
??Taklimat Persediaan dan Tentatif Lawatan Pelaburan
??Hal-hal Lain
?? Ringkasan Laporan & Input Mesyuarat :
?? Mesyuarat diadakan bagi membincangkan persediaan lawatan satu potensi pelaburan bagi mendirikan "Carbon Fibre Manufacturing Plant" di Sabah dengan cadangan awal lokasi tapak di KKIP, Kota Kinabalu. Lawatan dijadualkan pada 25 hingga 28 Januari 2022.
?? Berdasarkan makluman awal pelaburan, wakil JAS memaklumkan aktiviti yang dicadangkan dijangkakan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 6(a) - Chemical (producing 100 tonnes product or more per day) yang mana Laporan EIA perlu disediakan dan dikemukakan kepada JAS Negeri Sabah untuk kelulusan. Walau bagaimanapun, maklumat lanjut perlu diperolehi semasa lawatan untuk pengesahan.
?? Wakil JAS juga memaklumkan memandangkan bahan mentah (AN - Acrylonitrile) yang digunakan akan diimport daripada luar negara, dicadangkan DOSH dimasukkan sebagai agensi teknikal yang terlibat bagi lawatan ini.