Penerangan
PERLIS, 6 Januari 2022- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIATRC) yang dipengerusikan oleh Tuan Ts. Mohamad Fitri bin Said, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah diadakan bersama pegawai Unit ElA dan agensi teknikal lain secara hybrid dan bersemuka di Bilik Mesyuarat JAS Perlis bagi membincangkan Laporan ElA bagi cadangan projek pembinaan jalan dari Kampung Chuping Bawah Bukit Ke Kampung Guar Musang dan Panggas Besar, Perlis.
Pembentangan Laporan ElA disampaikan oleh Juruperunding ElA berkaitan penilaian impak ketara (significant) cadangan pembangunan projek tersebut, impak semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan kepada penerima sensitif yang berhampiran, guna tanah sekitar dan langkah kawalan bagi menangani impak serta ulasan-ulasan daripada agensi teknikal terhadap cadangan pembangunan projek tersebut. Mesyuarat turut dihadiri penggerak projek dan agensi teknikal yang berkepentingan termasuklah wakil Kerajaan Negeri Perlis (BPENS), Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar Perlis dan Plan Malaysia Perlis.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#PerlisJan2022