Penerangan
Kuantan, 8 Januari 2022 - Program Retreat Pencapaian Kerja 2021 dan Perancangan Kerja 2022 telah diadakan pada 7-9 Januari 2022 bertempat di Cherating, Pahang. Program yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JAS Pahang dan Cawangan yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian/Unit/Cawangan ini adalah bertujuan untuk membentangkan hasil pencapaian sebenar secara keseluruhan program dan aktiviti berbanding sasaran asal yang ditetapkan serta membincangkan program/aktiviti serta hala tuju jabatan pada tahun 2022.