Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA BAGI MEMBINCANGKAN LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR BAGI CADANGAN PROJEK PEMBINAAN KEMUDAHAN LOJI PENGOLAHAN DAN PELUPUSAN BUANGAN TERJADUAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN
11 Januari 2021, Seremban – JAS Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA, EIA Technical Review Committee (EIA-TRC) Bagi Membincangkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi Projek di Nilai, Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah JAS Negeri Sembilan. Mesyuarat yang diadakan secara atas talian ini turut dihadiri oleh Agensi Jawatankuasa Teknikal yang lain terdiri daripada Pihak Perunding Alam Sekitar dan Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan.