Penerangan
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) TERHADAP SEBUAH PREMIS DI KAWASAN PERINDUSTRIAN ARAB MALAYSIA,NILAI
7 JANUARI 2022, NILAI- Hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, satu premis yang beroperasi di kawasan Perindustrian Arab Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) , Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 susulan kegagalan sistem kawalan pencemaran udara (SKPU) dan sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP) berfungsi dengan baik semasa siasatan dijalankan. Premis diarahkan untuk menghentikan serta merta aktiviti pemprosesan sehingga tindakan pembaikan diambil bagi mengatasi masalah ini. Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.