Penerangan
PERLIS, 4 Januari 2022- Unit Pembangunan & Notifikasi JAS Perlis telah menjalankan pemeriksaan verifikasi sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP) ke atas premis yang dikenakan tindakan perintah larangan oleh JAS Ibu Pejabat. Premis ini terletak pada pelepasan Standard B berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009. Pemeriksaan merangkumi lukisan sebagaimana binaan dan sistem berkenaan serta pemantauan prestasi.
Pemeriksaan verifikasi bertujuan untuk memastikan kelengkapan SPEP yang dibina telah lengkap sepenuhnya dan perlu mematuhi segala kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis2022