Penerangan
7 Jan 2022, Kedah
Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Kedah bersama-sama dengan anggota PDRM telah melaksanakan Ops Gerak di Jalan Kupang, Baling pada 07 Januari 2022.
Dalam operasi ini, sasaran pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan berenjin diesel. Sebanyak 15 buah kenderaan perdagangan diesel telah menjalani ujian meter dan dua (2) kompaun serta empat (4) notis telah dikeluarkan ke atas kenderaan yang tidak patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)1974.
Seramai lapan ( orang pegawai penguatkuasa dari JAS Negeri Kedah yang telah terlibat dalam operasi tersebut.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.