Penerangan
06 JANUARI 2022 - Sungai Petani, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sungai Petani telah menjalankan Penahanan Operasi Kelengkapan terhadap sebuah kilang kitar semula plastik di Sungai Petani yang beroperasi secara haram dan tanpa kelulusan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA).
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.