Penerangan
KAKITANGAN JAS PAHANG BANTU MANGSA BANJIR DI KUANTAN
KUANTAN, 22 DISEMBER 2021- Warga JAS Pahang telah menghantar pasukan bantuan tenaga kerja diketuai oleh Pengarah JAS Pahang bagi meringankan beban mangsa banjir.
Antara kerja-kerja bantuan yang diberikan seperti mencuci lantai dan barang-barang keperluan harian seperti pinggan mangkuk serta pakaian. Selain itu, bantuan mengeluarkan perabot dan barang-barang yang rosak turut dijalankan.
Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan oleh dapat meringankan beban mangsa dan dikira amal soleh oleh Allah swt.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaspahang
#jabatanAlamSekitar
#22dis2021