PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN HARI PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (BEE) BIL. 12/2021 PADA SABTU TERAKHIR SETIAP BULAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

DOE Perlis 04/01/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN HARI PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (BEE) BIL. 12/2021 PADA SABTU TERAKHIR SETIAP BULAN PERINGKAT NEGERI PERLIS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
03/01/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

29 Disember 2021, KANGAR – Pandemik Covid-19 yang melanda negara tidak mematahkan semangat dan komitmen berterusan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis bagi meneruskan Kempen Hari Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) pada hari Sabtu terakhir setiap bulan dilaksanakan. Berbeza dengan bulan-bulan yang lepas, kempen pengumpulan BEE pada bulan ini dibuat secara kutipan dari rumah ke rumah dan seterusnya dibawa ke tapak pengumpulan awal berdasarkan temujanji awal yang dibuat dengan memastikan pematuhan kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah ditetapkan diamalkan sepanjang kempen dijalankan. Sebanyak 484kg BEE berjaya dikumpulkan pada hari ini dan diharapkan dengan usaha berterusan ini tahap kesedaran akan dapat ditingkatkan dan seluruh warga negeri Perlis mendapat manfaat di dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terus lestari selari dengan pembangunan negeri. Bak kata pepatah “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” begitulah kempen ini tetap diteruskan agar kesedaran terhadap pengurusan buangan elektrik dan elektronik yang baik sampai kepada setiap lapisan masyarakat. "Ayuh Kumpul 800 Tan E-Waste" "E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara" #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #JASPerlis #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan