PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS FOKUS MENJALANKAN TUGAS MEMANTAU PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS FOKUS MENJALANKAN TUGAS MEMANTAU PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/12/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 31 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan operasi memantau pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk  di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemantauan dan operasi ini tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan dan pencegahan pencemaran ini telah dilakukan di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Merchang, Rantau Abang,  Dungun dan Paka. Fokus utama kawasan operasi dan rondaan ini dilakukan adalah di penempatan kilang-kilang, kampung-kampung, taman-taman perumahan dan kawasan yang berpotensi pencemaran berlaku. Selain itu, rondaan di kawasan pantai Kuala Abang dan Tanjung Jara turut dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat tar ball   di kawasan tersebut. Ini merupakan strategi Jabatan dalam mencegah dan mengawal pencemaran tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan