Penerangan
KEMAMAN, 31 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman telah menjalankan rondaan memantau pencemaran dan operasi mencegah pembakaran terbuka (OMPT) ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Rondaan dan operasi ini telah dijalankan di Gong Limau, Mak Chili, Jabur Kubur, Chukai, Kawasan Perindustrian Jakar 2, Kawasan Perindustrian Jakar 3, Kg Besut, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kemaman Supply Base
Kawasan operasi difokuskan kepada penempatan industri, kawasan taman perumahan, kampung-kampung dan kawasan yang berpotensi pencemaran dan pembakaran terbuka boleh berlaku.
Rondaan dan operasi yang dilaksanakan secara berterusan termasuk cuti hujung minggu ini telah dapat membendung kejadian pencemaran, sekaligus terus mengekalkan alam sekitar yang sejahtera khususnya di daerah ini.