Penerangan
4 Disember 2021, IPOH - JAS Perak dengan kerjasama Rakan Strategik telah menganjurkan Pertandingan Fotografi Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Perak dan telah pun menutup tirainya pada 30 November 2021 yang lalu. Bagi proses seterusnya JAS Perak turut menganjurkan sesi penilaian bagi gambar-gambar peserta pertandingan fotografi tersebut diadili secara profesional pada hari ini.
Antara juri yang terlibat di dalam sesi penilaian ini termasuklah wakil Rakan Strategik YTL Cement Sdn Bhd, YTY Industry Sdn Bhd serta Foto Imej Perak dan wakil JAS Perak.