Penerangan
6 Disember 2021, KAMPAR - Penguatkuasa JAS Perak telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas sebuah premis industri. Siasatan dijalankan bagi memastikan premis menguruskan buangan terjadual secara sistematik dan kawalan pencemaran udara adalah mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
JAS mengingatkan kepada semua premis agar sentiasa mematuhi AKAS 1974 bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan.
Siasatan dilakukan mengikut SOP yang telah digariskan oleh KKM dan MKN.