Penerangan
10 Disember 2021, IPOH – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini telah mengadakan Sidang Media dan Majlis Penutup Ops Gempur Zon Selatan yang diadakan pada 6 Disember 2021 hingga 9 Disember 2021. Majlis tersebut telah disampaikan oleh Pengarah JAS Perak, YBrs Haji Rosli Bin Zul.
Menerusi Ops Gempur Zon Selatan ini, JAS Perak telah berjaya mengeluarkan 853 kompaun, 33 arahan di lapangan, 31 notis arahan, 1 kertas siasatan dan 1 penahanan operasi kelengkapan ke atas premis-premis industri yang tidak patuh.
JAS Perak dengan kekuatan anggota penguatkuasa yang terlibat adalah 23 orang pegawai. Kebanyakan pegawai yang terlibat adalah terdiri daripada JAS Perak, Cawangan Taiping dan Teluk Intan.
Turut hadir bersama-sama di dalam majlis terlibat adalah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Encik Abdul Aziz Bin Parmin, Ketua- Ketua Cawangan dan Ketua- Ketua Seksyen JAS Perak.