Penerangan
KUALA TERENGGANU, 26 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan operasi memantau pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil pemantauan dan operasdi ini tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan dan pencegahan pencemaran ini telah dilakukan di sekitar Kuala Terengganu, Bukit Payong, Kawasan Perindustrian Ajil, Kuala Berang, Bukit Apit, Pengkalan Berangan dan Merchang,
Kawasan penempatan kilang-kilang, kampung-kampung, taman-taman perumahan dan kawasan yang berpotensi pencemaran dilakukan menjadi fokus utama operasi ini.
Banner larang pembakaran terbuka juga telah dipasang di lokasi-lokasi di mana aktiviti pembakaran terbuka berpotensi dilakukan. Tindakan ini merupakan strategi dalam pencegahan aktiviti tersebut dilakukan oleh orang awam.
Selain itu, pemantauan juga telah dilakukan di kawasan pantai sebagai langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal pencemaran bebola tar di kawasan ini.