Penerangan
KUALA TERENGGANU, 25 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus komited menjalankan operasi memantau pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Operasi pemantauan melibatkan tiga (3) daerah iaitu Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Kawasan operasi adalah di kawasan penempatan kilang-kilang, kampung-kampung, taman-taman perumahan.
Selain itu, pemantauan juga telah dilakukan di tapak pelupusan sampah di mana lokasi ini merupakan kawasan yang berpotensi berlakunya pembakaran terbuka dan pelupusan haram.