Penerangan
KUALA TERENGGANU, 24 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan operasi memantau pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka dari punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Kawasan operasi pemantauan sekitar Kuala Terengganu, Marang, Merchang, Rantau Abang, Dungun dan Paka.
Operasi melibatkan kawasan penempatan kilang, kawasan taman perumahan, kampung-kampung dan kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran dan pembakaran terbuka.
Kawasan pantai juga turut dipantau sebagai langkah dalam memastikan punca pencemaran bebola tar dapat dikesan dan ditangani lebih awal. Tiada sebarang tar ball dikesan di kawasan tersebut, hanya daun-daun kayu yang terdampar di tepi pantai dalam kuantiti yang agak banyak.