Penerangan
KUALA TERENGGANU, 18 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan operasi memantau pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka dari punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Kawasan operasi pemantauan di sekitar Pantai Batu Rakit, daerah Kuala Nerus dan Merang di daerah Setiu, mendapati tiada pencemaran bebola tar ditemui.
Kawasan pemantauan yang menempatkan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut. Tiada aktiviti abnormal dikesan.
Manakala pemantauan pencegahan pembakaran terbuka di laluan Pantai dari Kuala Nerus ke Besut dan Jerteh, Bandar Permaisuri, Sg Tong ke kuala Terengganu tiada pembakaran terbuka dikesan.