Penerangan
Kuala Terengganu, 21 Disember 2021. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan sesi taklimat system pemantauan operasi (Spot-Me) kepada seluruh pegawai dan kakitangan JAS Terengganu.
Hadir sama dalam sesi ini, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Ketua Unit Pentadbiran, Puan Maznah bin Puteh.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh pegawai daripada Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Pentadbiran JAS Ibu Pejabat, Putrajaya.
Komitmen JAS Terengganu dalam mengadakan sesi taklimat ini bertujuan untuk memantapkan lagi informasi tentang tatacara penggunaan sistem ini.