Penerangan
KEMAMAN, 24 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman telah menjalankan operasi memantau pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka dari punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Operasi pemantauan ini melibatkan kawasan Gong Pauh, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh dan sekitar Bandar Chukai.
Pemantauan ini dilakukan di kawasan penempatan industri, kawasan taman perumahan, kampung-kampung dan kawasan yang berpotensi pencemaran dan pembakaran terbuka boleh berlaku.