Penerangan
KEMAMAN, 18 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemamana telah menjalankan operasi memantau pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka dari punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Kawasan operasi pemantauan melibatkan Geliga, Paya Berenjut, Banggol, Mak Lagam, Binjai, Pasir Minal,Ibok, Bukit Sah, Padang Kemunting, Kemasik, Kijal, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Chukai.
Pemantauan ini turut melibatkan kawasan yang menempatkan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong.
Pemantauan ke atas infrastruktur pencegahan kebakaran di kawasan tanah gambut yang berada di Padang Kemunting didapati telah ditenggelami air. Pemantauan susulan akan dilakukan dalam memastikan infrastruktur ini berada dalam keadaan baik pada setiap masa.