Penerangan
KUALA TERENGGANU, 17 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan operasi memantau pencemaran dan mencegah pembakaran terbuka dari punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Operasi pemantauan ini telah dijalankan di kawasan penempatan industri, perkampungan, taman-taman perumahan yang ada potensi berlaku pencemaran dan pembakaran terbuka.
Kawasan pemantauan adalah di sekitar Bukit Payung, Kuala Berang, Marang, Kuala Abang, Dungun dan Paka.
Selain itu, pemantauan di Stesen Automatik Sungai Paka juga dilakukan. Keadaan di sekitar stesen tersebut adalah normal.