Penerangan
Kuala Terengganu, Khamis, 30 Disember 2021- Telah berlangsung nya Majlis Bacaan Yaasin dan Amanat Pengarah JAS Terengganu sempena Tahun Baru 2022.
Majlis Bacaan Yaasin adalah aktiviti tetap setiap hari khamis. YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman , Pengarah JAS Terengganu, yang masih bercuti rehat turut hadir secara maya.
Majlis yang menghimpunkan seluruh warga JAS Terengganu ini dapat mengeratkan silaturahim dan juga memberi peluang kepada seluruh kakitangan untuk mengemukakan sebarang isu dan cadangan dalam meningkatkan produktiviti Jabatan.
Di akhir ucapan, beliau mengucapkan selamat menyambut tahun 2022 yang bakal tiba dan juga mendoakan semoga seluruh warga JAS Terengganu dalam keadaan sihat dan dapat terus memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada Jabatan.