Penerangan
7 Disember 2021, Kuala Lumpur - JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Fasa 1 Mass Rapid Transit Laluan 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bagi melihat status kemajuan kerja di tapak projek. Projek Mass Rapid Transit Laluan 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang telah mendapat Kelulusan Laporan EIA terbahagi kepada fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 telah berada diperingkat akhir pembinaan. Turut hadir adalah Tuan Pengarah JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Encik Azlan bin Ahmad diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan), Dato' Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh dan Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Encik Zulfadzli bin Zakaria bersama-sama pegawai-pegawai JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pegawai-pegawai JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berpeluang dibawa menaiki tren MRT di sepanjang jajaran Fasa 1 untuk melihat sendiri kemajuan kerja projek dan lokasi pengawasan bunyi bising di peringkat operasi kelak. Sepanjang lawatan ini, pihak premis turut mengamalkan SOP yang ditetapkan bagi mengelak penularan COVID-19.