Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN KERJA JAS WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE PROJEK FASA 1 MASS RAPID TRANSIT LALUAN 2 SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA (SESI TAKLIMAT DARI PIHAK MRT)
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/12/2021
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
7 Disember 2021, Kuala Lumpur - JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Fasa 1 Mass Rapid Transit Laluan 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bagi melihat status kemajuan kerja di tapak projek. Projek Mass Rapid Transit Laluan 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang telah mendapat Kelulusan Laporan EIA terbahagi kepada fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 telah berada diperingkat akhir pembinaan. Turut hadir adalah Tuan Pengarah JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Encik Azlan bin Ahmad diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan), Dato' Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh dan Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Encik Zulfadzli bin Zakaria bersama-sama pegawai-pegawai JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh wakil dari pihak MRT kepada pegawai-pegawai JAS WPKL yang hadir.