Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE PROJEK FASA 2 BAWAH TANAH MASS RAPID TRANSIT LALUAN 2 SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA (SESI TAKLIMAT DARI PIHAK MRT)
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/12/2021
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
23 November 2021, Kuala Lumpur – JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Fasa 2 (Bawah Tanah) Mass Rapid Transit Laluan 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bagi melihat status kemajuan kerja di tapak projek. Projek Mass Rapid Transit Laluan 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang telah mendapat Kelulusan Laporan EIA terbahagi kepada fasa 1 dan fasa 2. Turut hadir adalah Tuan Pengarah JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Encik Azlan bin Ahmad diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan), Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh dan Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Encik Zulfadzli bin Zakaria bersama-sama pegawai-pegawai JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sesi taklimat telah diberikan oleh pihak MRT kepada pegawai-pegawai dari JAS WPKL mengenai status terkini projek tersebut.