PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE PROJEK FASA 2 BAWAH TANAH MASS RAPID TRANSIT LALUAN 2 SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA (UJIAN SARINGAN COVID-19)

DOE WP Kuala Lumpur 31/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE PROJEK FASA 2 BAWAH TANAH MASS RAPID TRANSIT LALUAN 2 SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA (UJIAN SARINGAN COVID-19)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/12/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

23 November 2021, Kuala Lumpur - JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Fasa 2 (Bawah Tanah) Mass Rapid Transit Laluan 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bagi melihat status kemajuan kerja di tapak projek. Projek Mass Rapid Transit Laluan 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang telah mendapat Kelulusan Laporan EIA terbahagi kepada fasa 1 dan fasa 2. Turut hadir adalah Tuan Pengarah JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Encik Azlan bin Ahmad diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan), Dato' Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh dan Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Encik Zulfadzli bin Zakaria bersama-sama pegawai-pegawai JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ujian saringan Covid-19 dilaksanakan terlebih dahulu oleh pihak MRT sebelum lawatan dilaksanakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan