Penerangan
14 Disember 2021, IPOH - JAS Perak pada hari ini telah dijemput sebagai penceramah di TNB (Grid Maintenance North - Subzon Ipoh) sempena Minggu Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar.
Ceramah telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak, Encik Harmanisham Bin Ishak yang bertajuk Isu Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusan Buangan Terjadual dan telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 40 orang warga kerja Tenaga Nasional Berhad.
Turut hadir bersama-sama di dalam program ceramah ini termasuklah Ketua Penolong Pengarah Kanan JAS Perak, Encik Abdul Aziz Bin Parmin dan pegawai - pegawai kanan JAS Perak.