PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MISI BANTUAN BANJIR DIGERAKKAN OLEH  JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MISI BANTUAN BANJIR DIGERAKKAN OLEH  JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/12/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 24 Disember 2021.  Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menggerakkan misi bantuan banjir kepada seorang pegawainya yang terlibat dengan bencana banjir di negeri Pahang baru-baru ini. Pengarah JAS Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah memberi komitmen dan sokongan dalam menggerakkan pasukan bantuan tersebut  untuk membantu kakitangannya yang terbabit dengan bencana banjir ini. Beberapa kakitangan JAS Terengganu telah turun padang menghulurkan bantuan termasuk bekerjasama membersihkan rumah kakitangan yang terlibat dalam bencana itu. “Alhamdulillah dengan pertolongan dan komitmen warga JAS Terengganu, misi bantuan barangan  keperluan dan tenaga kerja untuk membantu meringankan beban mangsa berjaya dilaksanakan hari ini. Tuan Pengarah JAS Terengganu dan seluruh warga JAS Terengganu turut berterima kasih kepada semua yang memberi sumbangan sehingga misi ini berjaya dilaksanakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan