PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

INFOGRAFIK OPERASI LEMBANGAN BAGI MENCEGAH KEJADIAN PENCEMARAN SUNGAI DAN PELUPUSAN HARAM BUANGAN TERJADUAL-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
INFOGRAFIK OPERASI LEMBANGAN BAGI MENCEGAH KEJADIAN PENCEMARAN SUNGAI DAN PELUPUSAN HARAM BUANGAN TERJADUAL-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/12/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 13 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan penguatkuasaan melalui  operasi lembangan sungai ke atas premis-premis yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974. Operasi yang bermula pada 5 hingga 9 Disember itu, yang melibatkan 6 pasukan dengan kekuatan 15 pegawai penguatkuasa telah berjaya menjalankan pemeriksaan ke atas 28 premis. Daripada jumlah tersebut, 3 kompaun dan 2 notis arahan telah dikeluarkan bagi kesalahan gagal menguruskan buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Satu kertas siasatan turut dibuka bagi kesalahan gagal mematuhi syarat lesen. Sejumlah 28  “Field Citation (FC) telah dikeluarkan agar semua premis mengekalkan serta mempertingkatkan tahap pematuhan. Operasi khas dalam penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini telah  memfokuskan kepada  punca-punca pencemaran yang terletak di lembangan sungai terutamanya di kawasan hulu takat pengambilan air. Pelaksanaan operasi lembangan sungai ini adalah bagi memantapkan imej JAS  dalam penguatkuasaan ke atas jenayah alam sekitar. Operasi ini melibatkan pemeriksaan premis di lapangan untuk mengenal pasti sebarang aktiviti yang mencurigakan atau sebarang pelepasan pencemaran yang tidak normal di kawasan sasaran dan lembangan  sungai yang dipilih.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan