PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

{HEBAHAN} PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK  DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DAERAH KUALA TERENGGANU PADA 1 JANUARI 2022-JAS TERENGGANUpada

DOE Terengganu 29/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
{HEBAHAN} PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK  DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DAERAH KUALA TERENGGANU PADA 1 JANUARI 2022-JAS TERENGGANUpada
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/12/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Atas permintaan orang ramai, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Syarikat KT Wan Recycle akan terus menganjurkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dari isi rumah Daerah Kuala Terengganu. Program dianjurkan dengan tujuan untuk membantu semua lapisan masyarakat di Negeri Terengganu ini, khususnya yang berada di Daerah Kuala Terengganu melupuskan buangan e-Waste ini mengikut kaedah yang betul dan selamat. Program ini akan diadakan pada: Tarikh:            1 Januari 2022 (Sabtu), Masa:              9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari Tempat:           Marque Tent, Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu                         (Belakang Stesen Bas Tanjung). Orang ramai dijemput hadir bagi menyumbangkan bahan buangan elektrikal dan elektronik untuk ditukar dengan wang tunai mengikut harga yang ditetapkan. Contoh bahan buangan elektrikal dan elektronik  adalah ; 1.Televisyen 2.Komputer Peribadi; 3.Mesin basuh; 4.Pendingin hawa; 5.Peti ais; 6.Telefon bimbit; dan 7.Lain-lain barangan elektrikal dan elektronik dari isi rumah JOM seluruh warga Kuala Terengganu dan sekitarnya,  kita mari  ramai-ramai, menyokong usaha-usaha JAS Terengganu, MBKT dan Syarikat KT Wan Recycle dalam memastikan bahan buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah dapat diuruskan dengan betul dan selamat. “E-waste DiKitar Bumi Terpelihara” Sekian. Terima kasih.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan