PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT RETREAT BERSAMA PENGARAH, KETUA-KETUA BAHAGIAN DAN KETUA-KETUA UNIT JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT RETREAT BERSAMA PENGARAH, KETUA-KETUA BAHAGIAN DAN KETUA-KETUA UNIT JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/12/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 16 Disember 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Retreat bagi membincangkan pencapaian tahun 2021, perbincangan isu-isu dan cadangan penambahbaikan. Mesyuarat ini telah telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu, Ketua Bahagian Operasi, Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Cawangan JAS Kemaman dan Ketua Bahagian Pentadbiran Puan Maznah bin Puteh hadir sama. Ketua-Ketua unit juga turut hadir bagi membentangkan pencapaian Key Performance Index (KPI) bagi tahun 2021, perancangan dan penetapan sasaran kerja tahunan bagi tahun 2022. Pelbagai strategi telah disusun untuk menjadikan JAS Terengganu sebagai Jabatan Penguatkuasaan yang unggul dalam menjalankan amanah untuk menguatkuasakan Akta Kualiti alam Sekeliling 1974 di samping terus mengekalkan imej Jabatan yang berintegriti di mata masyarakat. Di akhir mesyuarat ini,  Tuan Pengarah JAS Terengganu telah memberi rumusan ringkas mengenai segala perancangan yang telah dibentangkan oleh setiap bahagian. Mesyuarat tersebut telah diadakan selama 2 hari yang bermula pada 15 Disember dan berakhir pada 16 Disember 2021.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan