Penerangan
KUALA TERENGGANU, 16 Disember 2021 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Persaraan dan Perpisahan Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi, Encik Che Mohd Azhar bin Che Md Nor dan Encik Muhamad Zamil bin Yusof yang telah berkhidmat dengan Jabatan Alam Sekitar melebihi tempoh 30 tahun.
Encik Che Mohd Azhar bin Che Md Nor akan mula bersara pada 9 Februari 2022, manakala Encik Muhammad Zamil bin Yusof akan mula bersara pada 1 Januari 2022.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama Ketua Bahagian Operasi iaitu Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Bahagian Pembangunan, Ketua Penolong Pengarah Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Ketua Bahagian Pentadbiran, Puan Maznah binti Puteh serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan JAS Terengganu.
Jabatan juga turut mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan pertukaran Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi Puan Nafisah binti Harun ke JAS Negeri Pahang dan Penolong Jurutera, Encik Salahuddin bin Zakaria Ke Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu
Jabatan mengucapkan 'Selamat Bersara' dan merakamkan ucapan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab serta komitmen yang diberikan sepanjang bertugas. Semoga dianugerahkan kesihatan, keselamatan, kebahagiaan dan kejayaan kepada Encik Che Mohd Azhar bin Che Md. Nor dan Encik Muhammad Zamil bin Yusoff. Jabatan juga mengucapkan 'Selamat Bertugas' di tempat baru kepada Puan Nafisah binti Harun dan Encik Salahuddin bin Zakaria. Semoga segala pengalaman dan kemahiran yang ditimba di JAS Terengganu dapat dimanfaatkan sebaiknya di tempat baru.