Penerangan
24 Disember 2021 (Jumaat), Majlis ringkas penyerahan sumbangan daripada kakitangan JAS Pulau Pinang serta Kelab Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah diadakan bagi meringankan beban anggota-anggota JAS beberapa negeri yang terkesan dengan banjir. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah JAS Pulau Pinang, Puan Sharifah Zakiah bt Syed Sahab kepada En. Helmi bin Ahmad selaku wakil Kelab Kebajikan dan Sukan, JAS Ibupejabat dan disaksikan oleh Y.Brs Dr. Norhazni Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar