Penerangan
30 November 2021, Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menyertai Ops Bersepadu Tindakan Penguatkuasaan ke atas Batching Plant di sekitar Kuala Lumpur anjuran pihak DBKL. Ops bersepadu ini telah disertai oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ops bersepadu ini telah diadakan di tapak batching plant, Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan 5 orang pegawai dari Unit Punca-Punca Tetap JASWPKL, pegawai dari Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Perancang Bandar, Pelesenan, Kawalan Bangunan. Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, TNB dan SYABAS yang turut sama terlibat dalam Ops Bersepadu tersebut.
Tujuan Ops bersepadu ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah aduan pencemaran udara berkaitan habuk dari penduduk setempat. Selain dari itu, Ops bersepadu ini bertujuan untuk menyemak dan memeriksa kebenaran sama ada premis beroperasi secara berlesen, menggunakan bekalan air dan elektrik yang sah.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswpkl