Penerangan
22 Disember 2021. Pusat Penempatan Sementara Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang, Banting.
'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Ziarah Cakna Kasih - Misi Bantuan Kakitangan JASWPKL telah dilaksanakan oleh Pengarah JASWPKL, Tuan Ts Azlan bin Ahmad dan beberapa pegawai untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada kakitangan JASWPKL yang telah terjejas akibat banjir iaitu Encik Mohd Safian bin Mohd Norpiah termasuk sumbangan dan bantuan kepada penduduk – penduduk yang terlibat dengan banjir di Banting Selangor.
Dalam pada itu, pihak Daikin (M) Sdn. Bhd dan Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar WPKL (KASKUL) juga berkesempatan membuat sumbangan untuk disampaikan kepada mangsa – mangsa banjir berkenaan. Semoga bantuan dan sumbangan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terlibat.
#KementerianAlamSekitardanAir
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jaswpkl