PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PASCA BANJIR - MISI BANTUAN KAKITANGAN JASWPKL YANG TERJEJAS BANJIR

DOE WP Kuala Lumpur 29/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASCA BANJIR - MISI BANTUAN KAKITANGAN JASWPKL YANG TERJEJAS BANJIR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/12/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

27 Disember 2021, Kampung Labohan Dagang, Banting - Umpama 'cubit paha kanan, paha kiri pun terasa', Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KASKUL) telah melaksanakan misi bantuan pasca banjir untuk membantu pegawai JASWPKL yang terjejas banjir iaitu Encik Mohd Safian bin Mohd Norpiah. Misi pasca banjir ini dilaksanakan bagi membantu kerja- kerja pembersihan peralatan dan kelengkapan rumah serta kawasan rumah yang terjejas banjir. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban dan kesulitan yang dialami oleh keluarga Encik Mohd Safian serta memberi sinar baru dalam menghadapi hari-hari mendatang. Semoga ikatan ukhwah sesama warga JASWPKL kekal terjalin erat selama- lamanya. Kalau meniup seruling bambu, Siapa yang ikut akan terbuai, Kalau hidup saling membantu, Mana yang kusut akan selesai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan