Penerangan
PEMANTAUAN PEMATUHAN KILANG DI WAKTU MALAM
13 Disember 2021, Bentong- JAS Pahang Caw. Temerloh telah mengadakan Ops Burung Hantu sejak 2 hari yang lalu di kawasan perindustrian di daerah ini. Operasi yang dijalankan bertumpu kepada pelepasan efluen ke longkang awam yang dilepaskan oleh kilang-kilang yang mempunyai Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian (SPEP). Pemantauan udara melalui peralatan pengesanan gas juga turut dilakukan bagi mengenalpasti kehadiran gas berbahaya.
Semua premis terutamanya yang beroperasi pada waktu malam diingatkan agar sentiasa patuh kepada semua perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaspahang
#jabatanAlamSekitar
#13dis2021