Penerangan
SESI LIBAT URUS JAS PAHANG BERSAMA JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG
ROMPIN, 09 DISEMBER 2021 - Satu libat urus telah diadakan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi membincangkan isu² perhutanan di Pahang terutamanya yang melibatkan EIA Ladang hutan.
Turut dibincangkan isu² penguatkuasaan aktiviti perhutanan bagi memastikan projek dilaksana mengikut keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Pahang Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud dan dihadiri juga oleh pegawai-pegawai kanan JAS Pahang. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan pegawai.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaspahang
#jabatanAlamSekitar
#09dis2021