PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KE ATAS SEBUAH KILANG PENGILANGAN LOGAM DI KAWASAN PERINDUSTRIAN DESA CEMERLANG, JOHOR BAHRU

DOE Johor 23/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KE ATAS SEBUAH KILANG PENGILANGAN LOGAM DI KAWASAN PERINDUSTRIAN DESA CEMERLANG, JOHOR BAHRU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
23/12/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

7 Disember 2021: Sebuah kilang berasaskan pengilangan logam yang menjalankan aktiviti powder coating telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor akibat kegagalan alat kawalan pencemaran udara serta menyebabkan pencemaran habuk ke kawasan sekitar premis. Kilang adalah diarahkan untuk mengambil langkah pembaikan dengan kadar segera bagi memastikan pencemaran yang berlaku dapat diatasi. Kilang yang sama juga turut dikompaun berjumlah RM 10,000.00 atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Jabatan Alam Sekitar amat memandang serius perkara ini. Mana-mana industri adalah diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan pencemaran dengan apa cara sekalipun dan sentiasa mematuhi AKAS 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan