Penerangan
30 November 2021, PASIR GUDANG : Susulan aduan Sungai Selangkah bewarna hijau, siasatan JAS Cawangan Pasir Gudang mendapati terdapat pelepasan efluen bewarna hijau dari longkang sebuah kilang penyaduran logam di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.
Siasatan di dalam kawasan sistem rawatan efluen premis mendapati telah berlaku banjir dengan air berwarna hijau. Persampelan efluen telah dijalankan dan sampel telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisa.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap premis dikenakan untuk menghentikan punca air bewarna hijau dan pihak kilang diarah mengambil tindakan pembaikan dan pembersihan sewajarnya.
Tangkapan dibawah Seksyen 37C, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS) dibuat untuk siasatan lanjut kes.
Tindakan penguatkuasaan diambil di bawah Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-keduanya sekali.