Penerangan
Johor Bahru, 7 Disember 2021 : Siasatan dan pemantauan ke atas aduan orang awam berkaitan pembakaran terbuka di kawasan Sedenak, Taman Gaya, Taman Seri Austin dan Kempas Banjaran.
Siasatan mndapati hanya terdapat kesan longgokan pembakaran terbuka tetapi tiada pembakaran terbuka dilakukan di lokasi tersebut.
Jabatan ingin mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka kerana menurut Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.