Penerangan
LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR (KASA) BAGI PROJEK PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU
PEKAN, 04 DISEMBER 2021 - Satu lawatan kerja ke Green Technology Park (GTP) di Kg Paloh Hinai, Pekan oleh Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air, YB Dato’ Dr Mansor Bin Haji Othman. YBTM turut diiringi oleh Pengarah dan pegawai–pegawai kanan JAS Negeri Pahang.
Taklimat dan lawatan sekitar tapak dilakukan oleh oleh pihak pengurusan syarikat Nextgreen Global Berhad berhubung dengan perkembangan kawasan tersebut dan usaha-usaha pembangunan teknologi hijau di Green Technology Park, Pahang.
Sesi lawatan kerja mengikut garis panduan yang telah ditetapkannya oleh pihak KKM dan MKN.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#04dis2021