PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS JOHOR, MBPG DAN PDRM SIASAT PREMIS PYROLYSIS TAYAR DI TANJUNG LANGSAT

DOE Johor 23/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS JOHOR, MBPG DAN PDRM SIASAT PREMIS PYROLYSIS TAYAR DI TANJUNG LANGSAT
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
23/12/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

7 Disember 2021, Tanjung Langsat - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan operasi bersepadu ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pyrolysis tayar. Susulan pemeriksaan lanjut di premis tersebut mendapati sistem kawalan pencemaran udara tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan sehingga menyebabkan pencemaran bau ke kawasan persekitaran. Premis telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan