Penerangan
JOHOR BAHRU, 7-8 DISEMBER 2021 - Satu mesyuarat bersama penggerak-penggerak projek dan lawatan kerja ke projek-projek penambakan laut sepanjang Selat Johor oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Dr. Norhazni Binti Mat Sari berserta Pengarah Bahagian Penilaian Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Puan Rohimah Binti Ayub, Dr. Mohd Famey bin Yusoff Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bersama-sama pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah diadakan pada 7 dan 8 Disember 2021.
Mesyuarat dan lawatan tapak yang dilakukan adalah untuk memberi gambaran yang jelas tentang status projek penambakan dan juga menerima maklumbalas terus daripada setiap penggerak projek. Perkara ini sangat penting untuk memastikan pematuhan berterusan oleh penggerak projek dalam mematuhi Syarat-Syarat Kelulusan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.