Penerangan
KEMPEN NEGERI SEMBILAN BERSIH: PROGRAM “NISMILAN BRISKWALK, PLOGGING AND HAPPY TUMMY” ANJURAN SWCORP NEGERI SEMBILAN BERSAMA LEMBAGA PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN
8 Disember 2021, SEREMBAN - Program "Nismilan Briskwalk, Plogging and Happy Tummy" anjuran SWCorp Negeri Sembilan bersama-sama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan telah diadakan di Taman Malaysia, Seremban. Program melibatkan seramai 20 orang Ketua Jabatan (KJ) di Negeri Sembilan termasuk Ketua Jabatan (Pengarah) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon. Program yang diketuai YB Dato' Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan melibatkan aktiviti riadah berjalan kaki (2 KM) di sekitar Taman Malaysia menuju Penghulu Cantik telah berjaya mengutip sampah sarap sabanyak 24kg di sekitar laluan terlibat.
Program bertujuan menyemarakkan Kempen Negeri Sembilan Bersih sambil mempromosikan produk makanan di Negeri Sembilan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan KJ Negeri Sembilan. Aktiviti akan diteruskan di setiap daerah dan penglibatan KJ akan dibuat secara bergilir-gilir. Tahniah dan terima kasih kepada semua KJ yang hadir dalam menjayakan program ini.