PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM KEMUNCAK PENGUMPULAN E-WASTE 2021 : JOM E-WASTE FIESTA

DOE WP Putrajaya 15/12/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KEMUNCAK PENGUMPULAN E-WASTE 2021 : JOM E-WASTE FIESTA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/12/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya>Ibu Pejabat

Penerangan

27 November 2021 – Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah menganjurkan Program Kemuncak Pengumpulan E-Waste 2021 : Jom E-Waste Fiesta dengan kerjasama AEON dan ERTH di Pusat Membeli Belah AEON Setiawangsa Kuala Lumpur. Program kemuncak pengumpulan e-waste ini diadakan pada tahun ini bagi menyokong aspirasi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk mengiktiraf hari Sabtu terakhir setiap bulan sebagai Hari Pengumpulan E-Waste. Inisiatif ini diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pengurusan e-waste secara mesra alam dan lestari. Dalam mengukur keterlibatan orang awam dan keberhasilan program-program kesedaran yang dilaksanakan, KASA telah menetapkan sasaran pengumpulan e-waste sebanyak 800 tan metrik (MT) bagi tahun 2021. Bagi menyahut slogan e-waste iaitu "E-waste Dikitar Bumi Terpelihara" dan sasaran pengumpulan e-waste bagi tahun 2021, pelbagai kempen dan program pengumpulan e-waste telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri bersama-sama pusat-pusat pengumpulan e-waste di seluruh negara dari Januari 2021 sehingga kini.   Saksikan ulangan majlis pelancaran bagi program ini di saluran Youtube Jabatan Alam Sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan